Mencari
pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup
bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak,
berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari
pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat
si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si
dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir
betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa,
tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada
sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik
sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi
SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak
banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada.
Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam
konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya
tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah
kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk
menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin
kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun
pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai
orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang
berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan
matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin
kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh
berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan
berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu
mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas
setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun
lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan
matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin
kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata
turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata
memujuk hati.
Tetapi selama
mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun,
akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun,
boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu
berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu
dimamah usia?
Cantik bukan
sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan
pemilihan pasangan.”Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera
hidupmu”, pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama.”Maka saya kena
kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar
‘bidang bukan agama’.
PENYAKIT
“TIDAK JELAS”
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan
rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah
paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak
jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin
dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama,
MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah
TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana
gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan
perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki
agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti
dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah
disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan
“jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan
terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin
seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin
bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan
untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk
dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.
HANYA
‘BERAGAMA’?
Ada pula yang
menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan
kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah
seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai
isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan
tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak
elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli
nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri,
tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal
keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak
dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk
tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya
selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika
perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri,
kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan
kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya
bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia
biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju
pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada
kena mengena dengan agama.
Jadilah agama,
sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh,
terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.
Sumber: Iluvislam
No comments:
Post a Comment