Monday, December 26, 2011

Insan datang dan pergi

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.

Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?

Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

sumber : www.iluvislam.com

Thursday, December 1, 2011

~KokOr~


Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman – didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

Setakat ini hanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

Sumber : http://muslimeen-united.blogspot.com/

Sunday, October 23, 2011

Empat Perkara Baik & Yang Lebih Baik

Sebahagian ahli bijak pandai berkata “ada empat perkara yang nilainya baik, namun ada empat perkara lain yang nilainya jauh lebih baik lagi, iaitu:-

  • Adanya rasa malu pada kaum lelaki adalah baik, namun yang lebih baik lagi bila rasa malu itu ada pada kaum wanita.
  • Adil pada setiap orang itu baik, namun rasa keadilan yang dimiliki oleh pemerintah itu jauh lebih baik lagi.
  • Taubatnya orang-orang tua itu baik, namun yang lebih baik lagi adalah taubatnya orang-orang muda.
  • Bermurah hatinya orang-orang kaya itu baik, namun yang lebih baik lagi adalah bermurah hatinya orang-orang fakir miskin

Dari Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi

Saturday, October 22, 2011


Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Thursday, September 29, 2011

hidup ini


Tiap kali jarum jam berdetik, tika itu sesaat masa telah berlalu. Masa itu terbuang begitu sahaja jika kita asyik termenung memikirkan sesuatu yang belum pasti akan berlaku. Janganlah terleka dek angan - angan yang belum pasti. Terfikir satu ayat ni ..”jangan terlalu memikirkan masa depan, kerana masa depan itu milik Tuhan”, sebaliknya teruskanlah berusaha agar masa hadapan yang mendatang akan menjadi suatu yang terbaik buat diri kita.

Maksud surah Al Asr :

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran”

Dalam kehidupan ini, berjalanlah terus kehadapan, jika terasa diri sangat bersemangat dan mempunyai kekuatan lajukanlah langkah dengan berlari, tetapi harus ingat apabila dalam melangkah jangan lupa sesekali untuk menoleh agar diri tidak rebah.





Chaiyok! Chaiyok ! Mariam

Monday, August 22, 2011

Dalam dunia ni ada pelbagai ragam manusia...yang paling aku benci apabila ada orang yang suka mengkritik peribadi orang lain (bukan kritikan membina), padahal dirinya belum sempurna...

Monday, June 27, 2011

Kerana Aku Wanita

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam


peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

BY : ILUVISLAM.COM - hurien_eyn

Friday, June 3, 2011

Skim Latihan 1 Malaysia

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) : Kelayakan Memohon, Senarai GLC Terlibat, Logo SL1M


SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Pelancaran
01hb Jun 2011 (Rabu) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Objektif
Untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Ciri-ciri Umum dan Pendekatan Pelaksanaan Program SL1M

1- Institusi pelaksana adalah terdiri daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
2- Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
3- Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;

Kriteria Pemilihan Peserta & Kumpulan Sasaran

1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 2.5.
2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011.
3. Kumpulan sasaran adalah Graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).

Bagaimana Proses Permohonan?
Permohonan boleh dibuat dengan mendaftarkan diri melalui borang permohonan (application form)/permohonan atas talian (online register) dilaman web organisasi/GLC yang terlibat. Sila klik bahagian ORGANISASI atau hubungi terus organisasi/GLC yang terlibat untuk maklumat lanjut.

Senarai Syarikat Yang Terlibat
Bank Negara Malaysia dan 25 organisasi/GLC terlibat dalam Fasa Pertama. Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1 [klik link syarikat di bawah atau klik Modul ORGANISASI dari website SL1M ]:

SL1M – AMP and FSTEP (Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)

SL1M – AmanahRaya Executive Associate

SL1M – BLUi (BLUE interns)

SL1M – BNMGP (Bank Negara Malaysia Graduates Programme)

SL1M – BPGDP (Bank Pembangunan Graduate Development Programme)

SL1M – Boustead Graduate Internship Programme

SL1M - CCM

SL1M – CIMB (Skill Enhancement Programme)

SL1M – GEMS (Graduate Employability Management Scheme)

SL1M – TH (Lembaga Tabung Haji)

SL1M – MAYBANK

SL1M – Malaysia Airports

SL1M – MBSB (MBSB Graduate Training Programme)

SL1M – MGT (MH Graduate Trainee) Programme

SL1M – MRCB

SL1M – MIMOS AcT (MIMOS Acceleration Talent)

SL1M – PNS (Graduate Talent Programme)

SL1M – PNB (Investment Bridging Programme)

SL1M – GEES (Graduate Employability Enhancement Scheme)

SL1M – SD MAP 2011 (Management Apprenticeship Programme)

SL1M – STEP (SIRIM Trainee Enhancement Program)

SL1M – TM GEOP (TM Graduate Employability Outreach Programme)

SL1M – Program Pembangunan Siswazah

SL1M – SPP UDA (Skim Pelatih Pengurusan UDA)

SL1M – UEM Group Berhad "YES" (UEM Group Berhad "Young Executive Scheme")

SL1M – UMW:GEP (UMW Graduate Enhancement Programme)


Kemudahan/Faedah Sepanjang Latihan
Kemudahan/faedah yang diberikan bergantung kepada organisasi/GLC masing-masing. Sila layari laman web organisasi/GLC yang terlibat untuk maklumat lanjut.


Hubungi untuk maklumat lanjut Mengenai Skim Latihan 1Malaysia

Urusetia Skim Latihan 1Malaysia
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Tel : 03-8872 3292
Faks : 03-8888 3857


Thursday, May 19, 2011

Monday, May 16, 2011

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

By - Opick

Friday, May 6, 2011

ASAL USUL HARI IBU



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

"setiap hari adalah hari ibu"

Wednesday, April 13, 2011

SoMeTiMeS wE sHoUld Be SeLfIsH...am i right??


Wednesday, March 2, 2011

Hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!

Friday, February 11, 2011

Ya Allah, jadikanlah aku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu aku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku.

Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku kesulitan ketika mencari sesuatu yang tidak Engkau tetapkan (takdirkan) untukku dan mudahkanlah bagiku sesuatu yang telah Engkau tetapkan untukku.

Ya Allah, lindungilah kedua-dua orang tuaku dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan.

Ya Allah, sibukkanlah aku dengan sesuatu yang berkaitan dengan tujuan penciptaanku dan jangan Engkau sibukkan aku dengan sesuatu yang Engkau telah jamin aku didalamnya dan jangan Engkau siksa aku selama aku masih beristigfar pada-Mu dan jangan Engkau tolak aku (dari pemberian-Mu) selama aku meminta pada-Mu.

Ya Allah, hinakan diriku didalam diriku dan agungkanlah kedudukan-Mu disisiku, ilhamkanlah kepada ketaatan pada-Mu dan mengamalkan kebaikan yang membuat-Mu keredhaan dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang kemurkaan-Mu wahai Yang Maha Pengasih antara Yang Mengasihi.

Tuesday, January 18, 2011

~aku ingin terbang~




Aku ingin terbang....terbang bebas merentasi awan, menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Seumpama rama-rama terbang bebas diudara tanpa ada halangan, suka-suka....
macam lirik lagu ella jer..


Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan

Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada
Rasa duka sengketa
Rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah melihat telatah
Manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama
Yang penuh warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah
Berputik hidup yang harmoni
Rama-rama