Monday, October 26, 2009

ujian

Kadang –kadang, kita sering terfikir alangkah indahnya hidup ini kalau tak diuji. Lebih-lebih lagi student. “alangkah baiknya kalau belajar ni tak payah nak exam. Tak payah nak fikir banyak-banyak, bila nak exam je bukulah jadi teman akrab. Pergi mana-mana je bawak buku. Siang buku, malam buku, makan buku, tidur pun teringat buku. Kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa ada satu buku iaitu sumber utama segala buku didunia ini. Buku apa tu??dialah Al-Quran iaitu kitab suci, yang didalamnya terkandung segala perkara samaada yang telah, sedang, atau akan berlaku. Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Hidup kita tak terlepas dari ujian, samaada ujian yang dibuat oleh manusia sendiri mahupun ujian dari Pencipta kita iaitu Allah SWT. Jadi tidak adil lah kalau kita katakan yang hidup ini tidak perlu diuji. Seorang pelajar akan diuji oleh guru atau pensyarahnya supaya gurunya tahu sejauh mana pelajar itu faham apa yang dipelajarinya. Seorang hamba Allah pasti diuji oleh penciptanya kerana ujian Allah adalah untuk menguji hamba-hambanya. Tidak kiralah samaada ujian itu berbentuk kesenangan atau pun kesusahan. Ada manusia Allah uji dengan kesenangan,kekayaan dan kekuasaan. Disini Allah ingin menguji samaada hambaNya itu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan atau tidak. Ada manusia diuji dengan kemiskinan, kesusahan dan penderitaan.

dalam derita ada bahagia......
dalam gembira mungkin terselit duka...
tiada siapa yg tahu melainkan ALLAH s.w.t.
jadi..

bersabar dan redha diatas segala yang berlaku..
insyaALLAH....
ada ganjarannya disisi ALLAH s.w.t.

hemm… semoga kita semua redha diatas segala ujian dan dugaan. Buat sahabat-sahabat, rakan-rakan, bersama-samalah kita berjuang menempuh peperiksaan akhir semester yang bakal tiba beberapa hari lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh hingga ke detik masa terakhir. Kemudian, doa dan tawakal adalah pelengkap segala-galanya.

Duhai sahabat,

Apabila engkau serba tak kena, dan tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah anda masih lagi boleh bersandar pada Dia yang Maha Mengasihi,

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang memberi cahaya,

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu,

Dia Maha Adil,

Apabila hati terluka dan kesakitan menumbangkan kudratmu jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya…

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan makin jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa,

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya,

Apabila jalan didepan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia yang menjadi satu-satunya panduan hidup,

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar,

Apabila engkau dalam kedukaan, sedangkan tiada tempat untuk mengadu, mengadulah pada Dia Yang Maha Satu,

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia satu-satunya tempat yang boleh digantung harapan,

Dan apabila…parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakar kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Dan ingatlah….

“dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan Bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).

(Al-An’am: 59)

“SALAM PERJUANGAN…”