Thursday, April 27, 2017

Kaedah mengajar kanak-kanak membaca

Assalamualaikum w.b.t

Admin ingin berkongsi pengalaman mengajar kanak-kanak membaca bagi anak yang tidak tahu langsung membaca. Admin mempunyai seorang pelajar berusia 6 tahun. Anak ini telah mengenal huruf A-Z, namun tidak tahu mengeja dan membunyikan perkataan. Anak ini hanya tahu menyebut huruf.
          Setelah mencari teknik-teknik untuk mengajar anak-anak membaca di awal usia, akhirnya admin memilih untuk mengajar anak tersebut menggunakan kaedah fonik. Sebelum ini pun admin pernah mengajar di tadika dan memang tadika tersebut menggunakan kaedah fonik ini. Setelah membuat survey dan bertanyakan kawan-kawan yang berpengalaman mengajar, memang kaedah fonik inilah sesuai digunakan pada masa kini. Disini admin ingin kongsikan kebaikan kaedah fonik berbanding kaedah lain.

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut Tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2.  Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan.  Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah  kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.