Thursday, April 27, 2017

Kaedah mengajar kanak-kanak membaca

Assalamualaikum w.b.t

Admin ingin berkongsi pengalaman mengajar kanak-kanak membaca bagi anak yang tidak tahu langsung membaca. Admin mempunyai seorang pelajar berusia 6 tahun. Anak ini telah mengenal huruf A-Z, namun tidak tahu mengeja dan membunyikan perkataan. Anak ini hanya tahu menyebut huruf.
          Setelah mencari teknik-teknik untuk mengajar anak-anak membaca di awal usia, akhirnya admin memilih untuk mengajar anak tersebut menggunakan kaedah fonik. Sebelum ini pun admin pernah mengajar di tadika dan memang tadika tersebut menggunakan kaedah fonik ini. Setelah membuat survey dan bertanyakan kawan-kawan yang berpengalaman mengajar, memang kaedah fonik inilah sesuai digunakan pada masa kini. Disini admin ingin kongsikan kebaikan kaedah fonik berbanding kaedah lain.

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut Tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2.  Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan.  Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah  kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.


Friday, March 21, 2014

BISMILLAH..



BISMILLAH..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunilah dosa ku
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

~ameen~

Saturday, March 8, 2014

MaRriAgE


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Tuesday, September 17, 2013

Sunday, July 28, 2013

Tadbir dan Takdir



BISMILLAH.....

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya..Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah,ya ibadah iblis begitu hebat..Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat...Cuma satu…syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah...


Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah..Syaitan tidak boleh menerima takdir ini..Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir..Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah,itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan..Jika cuba menafikan,kita akan terhina… seperti terhina iblis..Dilaknat dan dimasukkan ke neraka…kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup,takdir datang menguji kita..Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir..Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun..Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela..Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri..Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata..Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya..Kekadang takdir dan tadbir selari,maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi..Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan,maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan..Kita ingin putih,hitam pula yang menjelama..Kita dambakan kejayaan,kegagalan pula yang menimpa..Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?.Semuanya telah kutadbirkan,tetapi kenapa gagal jua?Ketika itu timbullah bunga-bungan’pemberontakan’dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa..Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan..Ya,hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja.dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya..Kata orang,hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir..Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat..Ya,mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdirNya samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia..Ertinya,mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik..Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdirNya,maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”


Sumber : tintaameerah.blogspot.com

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan tiba lagi




Ramadhan datang lagi,..Alhamdulillah masih diberi nafas untuk berada di bulan yang mulia ini.
Bila datangnya Ramadhan, teringat kembali kata-kata arwah Cikgu F….. “gunakanlah sebaik-baiknya peluang yang Allah bagi sempena bulan Ramadhan ini, jangan sia-siakan waktu yang ada. Kerana,..mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir..sedihnya bila teringat ayat ni..dua tahun kemudian beliau telah pergi menghadap Ilahi.  Tak sempat nak jumpa cikgu di UKM. LL


Ramadhan kali ni merupakan kali ke-7 aku sambut di tempat orang. Cepatnya masa berlalu..hampir 6 tahun sudah aku kat negeri orang ni. Bila nak balik negeri sendiri ni..Ya Allah,. Semoga Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan terakhirku dinegeri orang..keseorangan..Ameen. 

Wednesday, June 26, 2013

AkU iNgIN tErBaNg

“Awan kalau dapat kucapai maka saktilah hamba..”  ~Laksamana Sunan~



Aku ingin terbang, terbang merentas awan…bagaikan burung terbang bebas mengepakkan sayapnya.  lalala…


Fly high, so fly high, so fly high! Go! To the sky!
Fly high, so fly high, so fly high! Go! To the sky!

Sunday, June 23, 2013

Bila terasa malas, gelisah, sedih dan kecewa..


Lepas balik dari kampung ja, rasa macam xnak datang balik dah....kenapa mesti ada perasaan camni.. :(
Bangun Siti bangun!!



Friday, June 14, 2013

Need to remember..!!


Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang,..
Hujungnya adalah sejauh pandangan mata
Adakala laluannya makin payah
Sedangkan kaki kita mula lelah..
Dan langkah kita makin lemah..

Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat ALLAH sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri. 

Saturday, June 1, 2013

~Don't worry, be Happy~

~✿..Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua..✿~
>>> Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina..semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN..♥♥

PaNdUaN mEmIliH JoDoH...

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.”Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama.”Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
PENYAKIT “TIDAK JELAS”
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.
HANYA ‘BERAGAMA’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

Sumber: Iluvislam

Saturday, November 24, 2012

~ Suratan Atau Kebetulan~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sejenak kita merenung dalam hayat perjalanan hidup ini, entah berapa banyak perkara yang berlaku bukan di atas kehendak kita. Kita berkehendakkan sesuatu yang lain, tetapi lain yang terjadi. Hingga kita merasakan sesuatu itu adalah satu kebetulan. Namun semua itu adalah perancangan Allah S.W.T.  Kita lupa bahawa,..disebabkan perkara itulah kita berada ditempat sekarang ini.

Jika insan dalam hidupnya meletakkan seluruh pergantungan hanya pada Allah S.W.T, dia akan merasakan hidup ini sangat luas. Insan tahu dan sedar bahawa Allah sentiasa ada. Jika insan tidak bergantung pada Allah, dalam hidupnya sentiasa asyik memikirkan kemana arah tujuannya. Dia lupa bahawa,..akhiratlah kehidupan sebenar. Dunia ini hanyalah persinggahan semata.

Insan menginginkan kebahagian dalam hidup. Kadang –kadang kita fikir hidup akan bahagia jika mempunyai rumah yang besar, pangkat yang tinggi dan harta yang banyak. Namun semua itu tidak menjamin kebahagian.
Allah S.W.T akan mencampakkan nikmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan caraNya tersendiri.  Kita tidak perlu bersedih jika melihat diri yang serba kekurangan berbanding orang lain yang kehidupan mereka lebih senang daripada kita. Bergantung haraplah pada Allah S.W.T., kerana jika insan bergantung harap pada Allah, ingat Allah, dia akan merasai hubungan dengan Allah, maka dia akan melihat dunia ini kecil sahaja.    Bergantung haraplah pada Allah, berhubunglah dengan Allah, kerana Allah Maha Pemilik segala khazanah di langit dan bumi ini.

Kadang-kadang kita berasa kecewa akan berapa banyak yang kita minta pada Allah tapi Allah tidak terima. Namun kita lupa bahawa pada hari yang kita meminta pada Allah dengan hari yang sekarang ini,..entah berapa banyak masalah yang telah berjaya kita selesaikan. Sering kita lupa akan hubungan kita dengan Allah. Hubungan dengan Allah tidak seperti hubungan bos dengan pekerja bawahannya di tempat kerja. Jika bos ditempat kerja meminta kepada pekerjanya,..dia akan dapat pada masa itu apa yang disuruhnya.  Manusia ini tergesa-gesa, tidak sabar,..hingga apa yang dihajatkan dan diinginkan mesti ditunaikan pada waktu yang singkat. Namun Allah ingin  menghindar manusia daripada sikap sombong, riak, takabbur…Allah ingin kita menjadi hambaNya yang sabar, merendah diri dan sujud padaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan penuh sabar. Allah tidak pernah lupa pada hambaNya yang sentiasa beribadat kepadanya.

Nota : tulisan ini hasil ulasan dari ceramah Dr. MAZA.

~aku menulis untuk peringatan diri ini sendiri dan juga buat kalian pembaca~