Monday, October 26, 2009

ujian

Kadang –kadang, kita sering terfikir alangkah indahnya hidup ini kalau tak diuji. Lebih-lebih lagi student. “alangkah baiknya kalau belajar ni tak payah nak exam. Tak payah nak fikir banyak-banyak, bila nak exam je bukulah jadi teman akrab. Pergi mana-mana je bawak buku. Siang buku, malam buku, makan buku, tidur pun teringat buku. Kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa ada satu buku iaitu sumber utama segala buku didunia ini. Buku apa tu??dialah Al-Quran iaitu kitab suci, yang didalamnya terkandung segala perkara samaada yang telah, sedang, atau akan berlaku. Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Hidup kita tak terlepas dari ujian, samaada ujian yang dibuat oleh manusia sendiri mahupun ujian dari Pencipta kita iaitu Allah SWT. Jadi tidak adil lah kalau kita katakan yang hidup ini tidak perlu diuji. Seorang pelajar akan diuji oleh guru atau pensyarahnya supaya gurunya tahu sejauh mana pelajar itu faham apa yang dipelajarinya. Seorang hamba Allah pasti diuji oleh penciptanya kerana ujian Allah adalah untuk menguji hamba-hambanya. Tidak kiralah samaada ujian itu berbentuk kesenangan atau pun kesusahan. Ada manusia Allah uji dengan kesenangan,kekayaan dan kekuasaan. Disini Allah ingin menguji samaada hambaNya itu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan atau tidak. Ada manusia diuji dengan kemiskinan, kesusahan dan penderitaan.

dalam derita ada bahagia......
dalam gembira mungkin terselit duka...
tiada siapa yg tahu melainkan ALLAH s.w.t.
jadi..

bersabar dan redha diatas segala yang berlaku..
insyaALLAH....
ada ganjarannya disisi ALLAH s.w.t.

hemm… semoga kita semua redha diatas segala ujian dan dugaan. Buat sahabat-sahabat, rakan-rakan, bersama-samalah kita berjuang menempuh peperiksaan akhir semester yang bakal tiba beberapa hari lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh hingga ke detik masa terakhir. Kemudian, doa dan tawakal adalah pelengkap segala-galanya.

Duhai sahabat,

Apabila engkau serba tak kena, dan tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah anda masih lagi boleh bersandar pada Dia yang Maha Mengasihi,

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang memberi cahaya,

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu,

Dia Maha Adil,

Apabila hati terluka dan kesakitan menumbangkan kudratmu jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya…

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan makin jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa,

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya,

Apabila jalan didepan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia yang menjadi satu-satunya panduan hidup,

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar,

Apabila engkau dalam kedukaan, sedangkan tiada tempat untuk mengadu, mengadulah pada Dia Yang Maha Satu,

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia satu-satunya tempat yang boleh digantung harapan,

Dan apabila…parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakar kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Dan ingatlah….

“dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan Bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).

(Al-An’am: 59)

“SALAM PERJUANGAN…”

Monday, October 19, 2009

R.o.K.o.K



Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Sumber:bahayarokok.blogspot.com


Saturday, October 17, 2009

50 keistimewaan wanita

“sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita,

Betapa bertuahnya menjadi wanita,

Bersyukurlah kerana menjadi wanita…


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasullullah :” ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti besedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui titian sirat. Bahkan Allah akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW : “wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal besama aku didalam Syrga.”

9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.a : “sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

12. Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Selebihnya, rujuk buku “ Riwayat Bidadari Syurga” hasil tulisan saudara Munif Ahmad.

Bidadari Syurga :

Didalam kelembutanmu, ketegasanmu tak tergugah…

Dalam penuh rasa malumu, suaramu menggegar dunia…

Disebalik halus jemarimu, tergenggam utuh janji setia.

Wahai bidadari syurga ….

Kau tambat hati pada yang ESA.