Wednesday, August 5, 2009

Demi masa..

Imam al-Ghazali :
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
jawapannya : mati - sebab itu adalah janji Allah yang pasti. "setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (Al-Imran:185)

Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
jawapannya : masa yang belalu
"Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". (Al-Asr)

Apa yang paling besar di dunia ini?
jawapannya : hawa nafsu

Apa yang paling berat di dunia ini?
jawapannya : memegang amanah

Apa yang paling ringan di dunia ini?
jawapannya : meninggalkan solat.

Sekali lagi diri ini mengingatkan diri sendiri akan betapa pentingnya masa. Masa yang berlalu tak akan dapat ditebus kembali...hargailah masa yang ada, mariam..
Ya Allah...
jauhkanlah aku dari sikap malas

Ambilah masa untuk berfikir kerana berfikir itu asas keluasan
Ambilah masa untuk membaca kerana membaca asas kebijaksanaan
Ambilah masa untuk berkerja kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha
Ambilah masa untuk sembahyang kerana sembahyang itu asas ketaatan
Ambillah masa untuk bermain kerana bermain itu asas kecergasan
Ambilah masa untuk bersedekah kerana masa terlalu singkat untuk diri sendiri
Ambilah masa untuk tertawa kerana tertawa itu penawar jiwa
Ambilah masa untuk sahabat kerana sahabat itu jalan kebahagian
Ambilah masa untuk berkasih sayang kerana kasih sayang itu kurnian Allah