Sunday, January 24, 2010

Mata hati tidak pernah berdusta



"MATA HATI TIDAK PERNAH BERDUSTA"

Nyawa adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati....



Akhirnya..... dapat juga novel terbaru Ramly Awang Murshid. Setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa kat MPH Bookstore, Mid Valley. Tapi belum sempat nak habiskan coz banyak kerja nak buat. Thesis asyik kena baiki ja...huhu.
Walau apa pun Mariam, dont give up. Trying to do better and better again..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

"wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan,kemalasan,ketakutan,kekikiran,kegundahan dan dari azab kubur".


"...Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

(Surah az-Zumar : 53)

No comments: