Wednesday, September 29, 2010

Thursday, August 19, 2010

La Tahzan...

Setiap ciptaan Allah mempunyai keistimewaan tersendiri

“biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya,
Terimalah segala ketentuan yang ada
Muktamad dengan kelapangan dada”

Sekarang cuba pula perhatikan makhluk manusia dengan bentuknya yang indah, kepelbagaian bangsa, bahasa dan suaranya. Sesungguhnya Allahlah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling indah berbanding makhluk-makhluk lain, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya:
“ Allah telah menciptakan dalam bentuk yang paling bagus”
(surah At-Taghabun :3)

Pandanglah langit dengan binaanya yang kukuh, bintang dengan kelip-kelipnya, matahari dengan sinarnya, tata surya dengan susunannya, bulan dengan cahayanya, angkasa dengan pelanginya. Kemudian pandanglah bumi, bagaimana Allah telah menghamparkannya. Bumi yang mengeluarkan air bersih dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang yang menjadi pakunya.

Tataplah lautan luas dan sungai-sungai yang mengalir. Perhatikanlah malam, pagi, cahaya , bayangan, awan, dan mendung yang berjalan di angkasa raya. Semua ini diatur dengan rapi. Ada mawar, buah-buahan yang matang, susu, madu, semut, haiwan melata yang kecil, burung-burung kicauannya, haiwan-haiwan dan lain-lain. Semua itu adalah keindahan yang tiada tandingan dan menjadi pemandangan yang tidak aka ada habisnya.

“maka bertasbihlah kepada Allah diwaktu kamu berada ketika petang dan ketika kamu berada diwaktu Subuh. Bangi-Nyalah segala puji dilangit dan di bumi, dan di waktu kamu berada ketika petang dan ketika kamu berada di waktu Zuhur. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari Kubur).
(Ar-Rum : 17-19)

“janganlah hanya melihat aspek kehidupan yang mengerikan, tetapi lihatlah juga aspek kehidupan-Nya”


Dipetik dari buku “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia” ,
Oleh: Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Monday, August 9, 2010

ntah...

selesai sudah majlis konvokesyen FEP, UKM. Seronok tengok gambar kawan-kawan semua kat facebook. Bergambar dengan family, pak we, tunang, suami (ada ke..)...tapi aku macam tak der feel pon. Tak rasa pon yang aku dah konvo, dah jadi alumni ukm..kosong jer rasa. kenapa yer...

Sunday, August 8, 2010

I'm graduate now



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

08.08.2010,..Today is my convocation, the day that I officialy bergelar graduan ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. Thanks to all lecturers who teach me and yang telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku expecially prof Ghafar penyelia tesisku. I’m very happy coz my family sudi datang. Thanks to my mom n dad coz bersusah payah came from Kedah nun. Even datang sekejap, dapat round kat masjid Putra tu kira ok la kan. Tak pe nanti kalau siti ada keta sendiri blehla bawa jejalan lama sikit…hehe. Ala sedihnya tak dapat bergambar dengan Prof kesayanganku,…sory la prof tak sempat tadi..kalau tak blehla sy try jubah prof yang lawa tu. .huhu. dengan kawan-kawan pon ramai tak sempat..kesuntukan masa la katakan..huhu..hope will meet u all again. Esok keja dah,hurm kalau tak bleh pergi UKM balik. Rindu pulak rase..rindu kat FEP. Alhamdulillah before konvo lagi aku dah dapat kerja walaupon sementara tapi pengalaman tu penting kan. Bila orang tanya tak la jawapannya nanti “honoured unemployed”.

Jauh sangat beza hidup sebagai seorang student dengan yang dah bekerja. Bila dah kerja banyak cabaran, maram-macam ragam manusia dapat jumpa. Kadang rasa seronok kadang nak geram pun ada…tapi itulah kehidupan dunia kan. Bak kata my boss “u baru nak mula, banyak lagi yg kamu perlu tempuh, perlu belajar…gunakan pengalaman kerja ni sebaik mungkin untuk jadi lebih baik”…

“ijazah terbaik datang dari jalanan,pengalaman becakap dan bersalaman … “

Hidup adalah sebuah KESEMPATAN…KESEMPATAN…untuk berbuat KEBAIKAN ataupun KEJAHATAN…Engkaulah yang memilihnya..tetapi ingat, setiap yang kita lakukan pasti akan diminta pertanggungjawaban dihadapan yang telah memberi kita kesempatan untuk hidup didunia ini…maka pilihlah yang terbaik buatmu

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

Wassalam.

Monday, August 2, 2010

TERBANG TINGGI


BY-YASIN

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya?

Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Katakan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikah
Mungkin kelak kau akn mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yg luas

Monday, July 26, 2010

luahan hati

Bila seseorang mendapat suatu rezeki yang tak disangka, ada je orang yang mempersoalkannya...ketahuilah bahawa Allah penentu segalanya.

Tuesday, July 20, 2010

Setiap kali ada permulaan, pasti ada akhirnya…
Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya…

Begitu juga,
Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti…
Setiapkali ada minggu pasti ada yang menunggu…
Setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan…
Setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon…

Yang pasti itu…
Adalah janji Ilahi yang tiada siapa ketaui isinya

- Siti Munazakiah-

Friday, July 16, 2010

16 Julai 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yeah, cubaan menukar template blog baru berjaya. Nasib bek tak ilang apa-apa. Kalau x nak letih pulak nak memasukkan semula apa yang hilang. Bosannya aku tak terkata. Malam-malam update blog je kojenye. Pastu aply keja. Bila dah dapat interview, adehh...fikir plak nak pegi ke tamau. Macam-macam nak kena ambil kira. tamat

Sunday, July 11, 2010

takdir

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

setelah tak belajar secara formal lagi nih, hidupku terasa kosong. Tak tahu lak apa nak tulis kali nih, so aku kongsikan satu artikel ni. Terasa menarik ja bila baca...

PARALLEL KEHIDUPAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Firman Allah:

Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-R'aad : 11)

Maka jelas dari firman Allah, membuktikan betapa Allah telah memberikan manusia suatu kelebihan iaitu kebebasan bertindak dengan kudrat yang dikurniakanNya supaya manusia dapat menggunakan kudrat ini untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik.

Firman Allah ini juga bermaksud, bahawa kita TIDAK boleh menyerahkan segala hal-hal yang berkaitan dengan nasib hidup kita semata-mata kepada Allah untuk memberikan kita kehidupan yang baik.

Jika inilah yang kita praktikkan, maka bila kita menemui kesusahan dalam hidup, sudah tentulah kita akan menyalahkan Allah. Sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mustahil Allah berlaku kejam kepada hamba-hambaNya yang sangat disayangiNya.

Allah telah menganugerahkan kepada kita suatu 'kuasa eksekutif' sebagai bekal sementara kita hidup didunia ini, untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi dan juga mengabdikan diri padaNya.

Hidup yang dianugerahkan pada kita ini adalah kehidupan yang "FREE WILL",bukan dikontrol atau dikawal mutlak oleh Allah. Jika kita menganggap segalanya sudah ditentukan atau sudah ditakdirkan, mengapa pula Allah berfirman seperti diatas?

"Mengapa pula ada kitab catatan malaikat dikiri kanan kita?
Ramai yang sudah tersalah anggap tentang konsep takdir ini."



Lauh Mahfuz

Hakikatnya, segala apa jua yang kita fahami sebagai takdir, ketentuan, nasib dan sebagainya di seluruh alam semesta ini, memang telah diberikan ketentuan oleh Allah S.W.T dan segalanya tercatat (direkodkan)dan disimpan disebuah tempat yang kita ketahui dengan nama Lauh Mahfuz.

Firman Allah:

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata." (Al-An'aam :59)

Lauh Mahfuz ini termasuk dalam perkara ghaib. Al-Qur'an menerangkannya hanya sekali sahaja dalam ayat 21-22 surah al-Burooj. Maksud ayat,

"Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Qur’an yang mulia; yang tersimpan dalam Lauhul Mahfudz."

Imam Abul Fida' Ismail ibn Kathir (Tafsir Ibn Kathir) meriwayatkan beberapa keterangan daripada sahabat tentang Lauh Mahfuz, antaranya :

1. Daripada Hasan al-Basri: “Pada sisi Allah, terletak Lauh Mahfudz, dari situlah diturunkan daripadaNya kehendakNya terhadap siapa yang dikehendaki daripadaNya.”

2. Daripada Ibn Abi Hatim, "Tiada sesuatu yang ditentukan oleh Allah melainkan ditentukan terlebih dahulu dalam Lauh Mahfudz baik al-Qur'an, apa yang sebelumnya atau yang sesudahnya."

Hakikat Lauh Mahfuz yang sebenarnya ialah untuk menggambarkan ilmu Allah iaitu Allah tahu segala-galanya hatta perkara yang belum berlaku. Mengetahui bukan bermakna meletakkan ketentuan mutlak yang tidak boleh diubah-ubah lagi, sesuai dengan firmanNya dibawah:

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab
(Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

Sabda Rasulullah SAW:

"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."

Hadis yang ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya.


Sekarang, saya ingin mengajak anda semua berbincang dengan lebih radikal atau dengan lebih bebas lagi tentang hakikat Takdir yang telah ditentukan, dan dicatat (direkod) di dalam Ummul Kitab yang tersimpan di Lauh Mahfuz, supaya lebih mudah kita fahami tentang hakikat yang sebenar akan takdir didalam parellel kehidupan manusia.

Takdir adalah ibarat Basic Program (Program Asas)

Apa yang telah kita fahami dari penjelasan pada Surah Al-An'am ayat 59 tadi ialah, setiap manusia, apabila diciptakan Allah, telah ada ketentuan takdir yang dikhaskan untuk manusia itu, dan segalanya telah direkodkan didalam 'Ummul Kitab' yang tersimpan di Lauh Mahfuz.

Ketentuan takdir ini adalah merangkumi segalanya iaitu Rezekinya, Jodohnya, Ajalnya, Kelahirannya dan segala-galanya tentang seseorang itu.

Marilah kita buka minda kita seluas-luasnya, dan melihat serta memahami keterangan ayat-ayat Allah dengan pandangan dari sudut berbentuk Sains. Saya melihat bahawa Ummul Kitab adalah merupakan tempat penyimpanan data untuk program setiap makhluk terutamanya manusia.

Apabila seseorang manusia dicipta, dia memerlukan program yang khas untuk membolehkan dia hidup nyata di bumi yang fana ini . Tanpa program, kita tidak akan berupaya untuk hidup (Program needed to run into the system). Apa yang saya maksudkan ialah, setiap program (takdir) ini, sangat detail dan terperinci untuk membolehkan kita menjalani kehidupan.

Adapun berkenaan data yang direkodkan ini, Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan (program) yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini

Firman Allah s.w.t:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (mencipta)apa yang kamu lakukan” [Al-Saffat: 96].

Dan juga berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya: “Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].

Contoh: Ali dilahirkan pada 21hb April 2010, detail program yang Allah berikan untuk dia sangat detail iaitu dilahirkan ditangan doktor mana, selepas dilahirkan, akan dibawa kemana, dimandikan, diazankan oleh siapa, kemudian diberikan susu, dan seterusnya, hanya Allah yang Maha mampu mencipta program yang amat lengkap dan sempurna untuk setiap makhluk ciptaanNya.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

قَالَ كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

Maksudnya: “ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” [Maryam: 21].

Tanpa program (Takdir) ini, mustahil manusia dapat hidup. Contohnya, jika Ali dilahirkan tanpa program, Ali cuma akan lahir dan kemudian 'Freeze'. (Kaku dan pegun) kerana tiada apa-apa program yang diberikan padanya.

Akan tetapi, semua program yang diberikan ini (telah dicatat/direkod) hanyalah basic program untuk seseorang itu, tujuannya adalah untuk membolehkan manusia berupaya hidup dimukabumi yang fana ini.

Selanjutnya, tentang bahagia atau tidak, berjaya atau tidak kehidupan seseorang itu, manusia diberikan Free Will (Kebebasan memilih) dalam pilihan-pilihan yang dipilih sendiri oleh manusia apabila telah baligh dan sempurna akal. Maka kerana itu, Nabi S.A,W telah bersabda dgn Hadis diatas iaitu:

TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA,tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan...

contoh: mungkin usia Ali didalam basic programnya ialah hingga 50 tahun, akan tetapi Ali selalu berdoa supaya panjang umur, dan dia juga banyak melakukan kebajikan (seiring dengan doanya) maka data rekod didalam basic program Ali didalam Ummulkitab tentang ajalnya dipadamkan (delete) dan ditukar kepada 70 tahun.

Begitu jugalah tentang jodoh, rezeki, kejayaan, kegagalan dan sebagainya, semuanya adalah bergantung kepada usaha manusia itu sendiri, bukan kerana ditakdirkan oleh Allah.

Apa yang kita ketahui sebagai takdir selama ini adalah merupakan Basic Program yang diwujudkan untuk membolehkan kita hidup, bernafas dan berdiri dimukabumi ini. Akan tetapi, kita sendiri diberikan peluang untuk menentukan sendiri masa depan dan nasib kita sendiri. Maka disinilah pula terletaknya kepentingan Bersangka baik sekiranya kita ingin kehidupan kita mendapat kejayaan dan dipermudahkan di dunia dan mendapat perlindungan di akhirat, sesuai dengan firmanNya:


Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
berprasangka dengan apa yang ia inginkan
( bukan yang ia risaukan atau khuatirkan -Hadis Qudsi :Thobarani dan Hakam).

Selain dari itu, untuk memudahkan lagi kehidupan manusia, dibekalkan juga Hukum-hukum Alam yang membantu manusia untuk hidup seperti Hukum graviti, Hukum Tarikan dan sebagainya.
Dan ingat lah, Allah hanya akan memberikan yang terbaik sahaja untuk semua hambaNya.

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?”

Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.”

Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.”

Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?”
Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.”

Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.



Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir (program yang maha canggih, sempurna dan effisien).

Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia.

Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun.

Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri.

Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Ingatlah, sekiranya kita telah menunjukkan komitmen yang gigih dalam usaha mecapai sesuatu kejayaan atau tujuan tetapi usha kita itu tidak berjaya, ianya adalah kerana Allah mengatasi segala perancangan kita dengan tujuan untuk memberikan HANYA YANG TERBAIK UNTUK PARA HAMBANYA sesuai dengan firman Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

NOTA : Ummul Kitab diketahui umum sebagai al-fatihah, kerana ia adalah penghulu Al-Qur'an. Tetapi Ummul Kitab yang dibincangkan disini ialah Ibu Kitab atau Kitab Induk (yang merekodkan segala urusan tentang takdir, nasib, rezeki, qada' dan qadar, jodoh, ajal, maut dan kelahiran seperti yang difirmankan :

وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

Maksudnya: “dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”. [Yasin: 12]

Berkata Ibn Kasir r.h: “Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab” [Ibn Kasir, 6/568]


Wallahuaklam,

Aku mohon keampunan dan petunjukMu ya Allah andainya aku melakukan kesilapan dalam penulisan ku ini. Aku hanya melakukan satu perbincangan bebas bertujuan supaya mendapat kefahaman yang lebih benar tentang KeadilanMu dan juga kebebasan berikhtiar yang Kau kurniakan pada hamba-hambaMu.

www.iluvislam.com
Oleh : leedee
Editor : naadherah

Saturday, June 5, 2010

episod baru...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Hurmm…dah lama rasa kutinggalkan blog nih…dah bersawang dah laman sesawang aku nih..suram rasa, bila nak tukar layout nih,heheh…hermm cepat sungguh masa berlalu. Suatu masa dahulu ,aku terpaksa membuat pilihan…tenyata pilihan-Mu adalah yang terbaik buatku. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih.. Ya Tuhanku. Kini telah berakhir 3 tahun pengajianku di UKM. Rasa rindu nak balik ke UKM semula. Rindu pada sahabat-sahabatku…”The fantastic four” ada group lagi…miza, azi, zila…I miss u. Kurasakan baru semalam jer disana…huhu..udah-udah tu mariam… Apa rasa…puaskah?cukupkah ilmu yg awak dapat mariammm??tak…sesungguhya ilmu Allah itu sangat luas…hanya setitis sahaja ilmu manusia jika nak dibandingkan seluas lautan ilmu-Nya. Hurmm nak sambung lagi ke…insyaallah jika diizinkan ..ada masa…ada duit. Teringat pulak lagu M.Nasir (mantera beradu)..”ijazah terbaik datangnya dari jalanan, pengalaman bercakap dan bersalaman…lalala” so, better cari pengalaman dulu la mariam…maybe cari seseorang dulu, huhu. Ya Allah, ku mohon padamu berilah keberkatan terhadap ilmu yang kuperolehi..

“Atas izinMu ku lahir, atas kudratMu aku berdiri, atas kebesaranmu aku gengam bara Islam ini, ya Rahman, ya Rahim…titipkanlah selaut kekuatan buat hambamu yang lemah ini”

Hari ini keputusan yang ditunggu telah diketahui…aku redha dengan segala keputusanMu. Mungkin ini yang terbaik buatku,walaupun bukan seperti yang kuharapkan. Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal…aku redha. Moga dipermudahkan jalan kerjaya buatku. Bukakanlah rezeki buatku. Ameen..

Thursday, April 1, 2010

Apa ertiku menuntut ilmu??

sumber : www.iluvislam.com
Oleh : fakhrullah90
Editor : naadherah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

suatu artikel yang memotivasikan diriku untuk terus menuntut ilmu..

Saturday, March 20, 2010

INSYAALLAH

INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

InshaAllah
InsyaAllah you’ll find your way

InshaAllah
InsyaAllah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way
InshaAllah
InsyaAllah we’ll find the way

BY - MAHER ZAIN

Sunday, March 14, 2010

usah putus asa

Usah Putus Asa – Akbar Ft Mirwana

Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah
Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu
Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti
*
Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa
Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula
Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi
Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah diimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti
Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita
Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah Diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa

Terus berusaha dan berusaha lagi. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Wallahualam.

Monday, March 8, 2010

Suatu artikel untuk memotivasikan diri yang sedih ini...

Perihal Rezeki



Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,


Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk,komputer,penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.




Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motorsikal.



Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?



Setiap orang berlainan tahap rezekinya.SEorang pemuda zaman batu telah mendapat seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman Tamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang memandu Maserati Merak SS.



Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot.Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai 'despatch' di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar 'Nan Sempit' manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di Palestin makan malam ini.




Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.


ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.




Istimewanya,kita boleh berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkan rezeki,meluaskan rezeki atau tambah rezeki.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.

Jika Allah memberi rezeki atas sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun menipu dan makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum kehidupan tidak begitu.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.Jika hari ini dia kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa Allah boleh tarik kekayaan darinya.Dulu Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau?Dahulu Syed Mokhtar Al-Bukhari pernah menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini?Donald Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun siapakah beliau hari ini?Tetapi ada orang di stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!



Siti Nurhaliza tidak pernah ke universiti.SPM dia hanya pangkat dua.Bahasa Inggerisnya berterabur.'Freshie' Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari Siti Nurhaliza.Tetapi kereta Siti berderet-deret.Siti tinggal di rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resort dan sebagainya pun ada jika rumah banglonya terbakar.Siti tidak kisah.Duitnya beribu,berjuta-juta.Siti bersuamikan Datuk.Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat Datuk K.Tidak perlu.Namun adakah sebab Siti hanya SPM pangkat dua dan tidak mahir berbahasa Inggeris,dia tak layak untuk kaya?Tidak bukan?Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya?Universiti?SEkolah?Muzik?SPM?Diploma?Ijazah?Peminat?Datuk K?


ALLAH LAH YANG BERI REZEKI KEPADA SITI NURHALIZA.




JIka rezeki Allah diberi berdasarkan sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari ini.Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak mahu menyinari kehidupan non-muslim ini.Mereka hidup hanya untuk merasa seksaan Allah dan kemudian mati begitu sahaja.Donald Trump tidak layak jadi kaya.Dia mungkin hanya layak minum air sungai Kelang sahaja.Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya tentang nikmat air sungai Kelang itu.Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi Beijing yang mahal itu.Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.



Malah tauke-tauke yang suka menipu dan ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak layak hidup kaya-raya.Jika rezeki diberi mengikut Hukum Ekonomi Adam Smith maka tauke-tauke dan ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang sihat.Ini adalah hukum Machievelli;matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk dalam sistem kuota yang mengikut kehendak Allah.Hanya orang-orang Islam yang beriman sahaja layak makan rezeki Allah.Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka.Siapa menentang hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi.Siapa yang tidak suka Hukum Hudud yang dicipta Allah dan suka pula kepada Hukum Penjajah Common Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi rezeki Allah jika sistem kuota dipakai.Siapa yang memperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya.Rezeki liat nak sampai ke mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.Cahaya matahari,lampu pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak menyinari tubuhnya sebab Allah pakai sistem kuota dalam memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA.


Allah tidak beri rezeki atas sistem kuota.Para Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapi nabi-nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut nabi-nabi bukan kerana KEBENARAN ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.

Sebab itu Robert Kuok dan Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki Allah.Itu sebab Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?

SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.

Jika seluruh air di alam semesta ini malah seluruh hidrogen dan oksigen yang ada disenyawakan untuk dijadikan dakwat bagi menuliskan nikmat Allah itu kepada seorang manusia,maka tiadalah cukup air-air itu untuk menuliskan nikmat Allah itu.Jika seluruh plastik dan logam malah kayu-kayu di dunia ini dikumpulkan untuk dijadikan pena untuk menuliskan nikmat Allah itu maka sesungguhnya amat jauh lagi dari cukup untuk menghuraikan seluruh nikmat Allah itu.Jika seluruh makhluk dikumpulkan;sebahagian menuliskan dengan pena dan sebahagian menaipkan menggunakan mesin taip dan komputer akan semua nikmat Allah,maka tiadalah cukup bilangan mereka dan mereka akan mati sebelum sempat menghabiskan walau suku dari sezarah nikmat Allah itu.


Siapakah yang mampu menilaikan betapa bernilai rezeki yang dikurniakan Allah dari sejak bayi sehingga dewasa?Nilai rezeki Allah itu hanya mampu dinilai ketika dirinya ditahan dari menerima rezeki itu.Donald Trump akan terasa betapa bernilainya sekeping pizza jika dia jatuh miskin dan kebuluran.Ariel Sharon hanya dapat merasakan betapa bernilainya setitis air dan menghargai kehidupan apabila ditimpa koma berbulan-bulan.Ada orang bersungut apabila penghawa dinginnya tidak berfungsi 10 minit.Ada orang memaki hamun apabila 'black out' sejam,padahal berapa lama rumahnya disinari cahaya berbanding bergelap?






Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,



Allah Azza Wa Jalla beri rezeki kepada orang beriman,Allah juga beri rezeki kepada orang kafir.Allah beri rezeki kepada Dr. Maza.Allah beri rezeki juga kepada Rasul Kahar.Allah beri rezeki kepada Datuk Harussani,mufti Perak.Allah beri rezeki juga kepada Ayah Pin yang air basuh kakinya diminum oleh pemuja berhala di Batu Caves.Allah beri rezeki kepada Najib Tun Razak.Allah beri rezeki kepada Anwar Ibrahim.Allah beri rezeki juga kepada Lim Guan Eng.Allah beri rezeki juga kepada Nik Aziz.Allah beri rezeki juga walaupun ada di antara mereka yang berdolak-dalik nak menjalankan Hukum-Nya.Allah beri rezeki juga walau ada di antara mereka yang menggunakan agama untuk cita-cita politik.Allah s.w.t tidak kisah semua itu.SEBAB BUKAN MEREKA YANG BERI REZEKI KEPADA ALLAH BAHKAN ALLAH YANG BERI REZEKI KEPADA MEREKA.Segala tindak tanduk dan pilihan manusia di muka bumi tidak mempengaruhi langsung kekuasaan Allah memberi rezeki.

Adakah kerana seorang gadis Melayu murtad mengikut seorang pemuda yang dicintainya akan menurunkan walau satu paras martabat Allah itu?Adakah kerana seorang gadis di Sweden yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah Allah akan menaikkan walau satu paras martabat Allah?TIDAK...TIDAK DAN TIDAK.

SEMUA ITU TIDAK ADA KESAN LANGSUNG KEPADA KEKUASAAN ALLAH YANG BERKUASA MEMBERI REZEKI KEPADA MANUSIA.

Sama ada manusia mahu beriman atau kafir,itu TIDAK MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT SEDIKIT PUN KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA.

Jadi ya maulana-maulana sekalian apa sebab Allah beri rezeki kepada kita?Apa sebab Allah beri cahaya matahari kepada kita?Apa sebab Allah beri kita bernafas secara percuma ini?Adakah setiap kali kita bernafas ini kita kena tol RM0.20 sen sekali sedut?Rumah yang kita duduk ini,anak-anak kita,isteri kita...siapa yang beri nikmat ini ya maulana-maulana sekalian?


Rezeki yang tuan makan tadi sampai meleleh air liur,siapa yang beri?Roti canai,nasi lemak dan telur separuh masak buat sarapan pagi tadi siapa bagi?Nasi goreng dan air teh siapa yang kurniakan?Nasi kandar mamak dan segelas milo ais makan tengahari siapa bagi?Nasi campur dan teh ais siapa kurniakan?Kenapa Ah Hong dapat makan mi sup dan bubur nasi serta sayuran?Mengapa Muthusamy dapat makan nasi dengan kari dal?Siapa beri rezeki kepada mereka?Patung Buddha?Patung Murugan?Malah Buddha dan Murugan itu sendiri diberi rezeki oleh Allah jika mereka mengetahui.Malah Buddha itu sendiri merintih lapar meminta dihapuskan kesakitannya ketika di bawah Pokok Bo.Siapa yang hapuskan rasa lapar Buddha?Padahal kononnya Buddha itu Tuhan?Siapa yang 'Jesus' panggil ketika kesakitan di tiang salib?Kenapa tidak turun sahaja dari tiang salib jika dia TUhan?



Kenapa Allah beri juga orang kafir ini hidup senang lenang walau menyembah batu dan kayu?Mengapa Allah sampaikan rezeki ke mulut-mulut mereka walau mereka tidak menyembah-Nya?Mengapa Allah beri juga pembuat filem Fitna makan dan minum setiap hari walau dia kata Allah ni Tuhan pengganas?Kenapa Allah beri juga?Kenapa dan mengapa wahai maulana-maulana?

Tanya diri kenapa Allah beri juga kita makan nasi walau kita buat maksiat,kita tinggalkan sembahyang,kita lawan mak bapak.Allah beri kita masuk universiti,Allah beri kita pekerjaan,Allah majukan perniagaan kita tapi tanya diri,ADAKAH AKU TELAH BERSYUKUR KEPADA NIKMATNYA?

Adakah aku telah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah?Rezeki melihat,rezeki mendengar,rezeki menghidu,rezeki makan,rezeki merasa,rezeki menyentuh...rezeki...rezeki...dan rezeki...

Jangan tanya apa yang Allah beri kepada kita,tetapi tanya apa kebaktian yang kita persembahkan kepada Allah.

Allah tidak beri rezeki untuk kita bayar balik rezeki tadi.Allah Maha Kaya dan tidak berkehendak kepada rezeki.Manusialah yang berkehendak kepada rezeki.Allah jadikan kita untuk beribadah kepada-Nya bukan semata-mata mencari rezeki sahaja.MENCARI REZEKI HANYALAH KEPERLUAN MANUSIA BUKAN MATLAMAT HIDUP MANUSIA.

MATLAMAT HIDUP MANUSIA IALAH BERIBADAH KEPADA ALLAH.


"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)


Kerana itu ya tuan-tuan...hanya satu sebab mengapa Allah beri semua ini kepada kita.TIDAK KIRA YANG ISLAM MAHUPUN YANG KAFIR.

Sebab ini tuan,dan jika kita faham sebab ini...kita akan faham rahsia Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Dengan sebab ini Allah beri orang Islam makan rezeki Dia.Dengan sebab ini Allah beri orang kafir makan rezeki Dia.

Sebab apa ya tuan-tuan?













SEBAB KASIH SAYANG-NYA.

Wednesday, February 24, 2010

Diam...

Baik Diam
www.iluvislam.com
Di forward oleh: Nurqolbi
Editor: Afdhal87

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda :"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


** Sumber: Majalah Anis Edisi Mei 2009