Saturday, April 25, 2009

Adi....kanak-kanak genius

Cerpen ini tersiar dalam majalah Jendela Utara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).
dipetik dari blog : http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/2009/03/cerpen-tiflun-saghir.html

Setelah mendapatkan beberapa buku yang aku inginkan di kedai buku Daarut Tauzi’,aku menaiki bas pulang ke rumah sewaku di Hay El Asher, kawasan paling banyak didiami oleh mahasiswa dari Asia Tenggara di bumi Anbiya’ ini. Ketika bas melewati pasar Sayyeda Zainab, semakin ramai penumpang menaiki bas. Ruangan dalam bas yang sedia sempit tambah berhawa dan merimaskan. Peluh yang bergeluyutan di dahi segera kuseka dengan tuala kecil yang sentiasa kubawa dalam poket seluar. Sebaik sahaja sampai di rumah aku meletakkan buku-buku yang kubeli di atas meja di ruang tamu dan meluru ke dapur. Peti sejuk kuselongkar. Mujur laban pemberian Ammu Hassan semalam masih berbaki. Pantas kuteguk habis.Ammu Hassan seorang peniaga di kawasan tempat aku menetap. Lelaki berjanggut lebat dan berbadan gempal itu peramah amat. Sesiapa sahaja pasti menyenanginya apabila bergaul dengannya. Satu kebiasaan orang Arab yang kuperasan, mereka cukup teruja dengan orang yang berkebolehan mempercantik dan memperelokkan bacaan Quran, atau dalam bahasa mudahnya orang yang punya suara yang merdu. Entah daripada siapa Ammu Hassan mengetahui aku miliki kurniaan Allah yang satu itu. Mungkin teman-teman serumahku yang mengkhabarkan kepadanya. Kebetulan, kami sendiri agak rapat dengan lelaki kelahiran Cairo itu. Setiap kali aku berkunjung ke kedainya, dia akan meminta aku membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. Apabila permintaannya kupenuhi, dia memberi kepadaku laban atau tha’miyah bil baidh sebagai upah. Kadang –kala diberinya a’sir a’sob.Aku baru sahaja beberapa hari tiba di Mesir setelas pulang bercuti di tanah air. Teman-teman serumahku lain belum pulang lagi kecuali Hadi dan Khairul. Entah ke mana dua rafikku itu pergi. Sejak pulang tadi, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Aku menghenyakkan tubuh di atas katil. Lebih kurang setengah jam lagi waktu Asar akan menjelang. Cadangnya, aku mahu melelapkan mata seketika buat menghilangkan penat yang menghinggapi tubuhku. Namun, mataku tidak mahu pejam. Ingatanku melayang kembali ke kampung halaman dan singgah pada wajah kanak-kanak bermata bundar itu . Wajahnya memenuhi segenap jihat ingatanku. Ya, tiflun saghir itu!*************************************************************************************“ mengapa adik bersendiri di sini? Mengapa tidak bermain bersama-sama kawan –kawan lain? Mereka pulaukan adik ke?” bertalu-talu aku menyoal seorang budak yang kukira berusia dalam lingkungan tujuh tahun. Dia kulihat duduk memeluk lutut sambil menekur bumi tidak jauh dari sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain galah panjang. Bagai ada suatu tarikan mendorong aku menghampiri kanak-kanak berwajah bening itu. Aku membatalkan niat untuk berjalan-jalan di persisiran pantai sebaliknya melabuhkan punggung tidak jauh darinya. Tidak semena-mena, butiran-butiran jernih menitis di pipi munggilnya. Aku kaget.“ Mengapa ni?” tangisannya kian lebat. Aku mengusap lembut belakang tubuhnya dalam usaha memujuk.“ Abang, Adi takut,” sedu sedan kedengaran di hujung suaranya.“ Apa yang kamu takutkan?” lurah-lurah halus terukir di dahiku. Rasa bertembung dua keningku bagai bersatu.“ Adi teringatkan firman Allah kepada orang-orang beriman supaya menjaga diri dan ahli keluarga mereka daripada bahang neraka. Adi takut dibakar dalam neraka,” aku terlopong. Mataku sedikit terbelalak. Atmaku diserbu mancarasa. Kagum bersulam gerun.“ Sudah jangan menangis lagi. Kamu masih kanak-kanak. Masih belum akil baligh. Allah tidak akan menghumban kamu ke dalam neraka,” sambil mengesat air matanya, budak yang membahasakan dirinya Adi itu mendongakkan kepala memandang tepat ke wajahku. Fikirku, dia telah berjaya kupujuk.“ Abang pernah melihat orang hidupkan unggun api? Yang pertama sekali mereka akan letak ialah ranting-ranting kayu yang kecil . Setelah api marak, barulah kayu-kayu atau dahan yang lebih besar dicampakkan. Sudah tentu kanak-kanak seperti Adi dahulu dihumban dalam neraka sebelum dibakar orang dewasa,”Subhanallah! Berkali-kali kalimah itu mercup ditubir bibirku. Aku tidak menjangkakan kanak-kanak sepertinya mampu berfikir sejauh itu. Aku terpempan. Dengan esakan masih berbaki dihujung suara budak itu mohon diri pulang ke rumah meninggalkan aku dalam keadaan teruja.Melalui beberapa kenalan, aku mendapat tahu Adi telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Malah mereka turut mendakwa Adi boleh bercakap dalam beberapa bahasa yang pelik sehingga dia dianggap sebagai budak ajaib. Pernah suatu ketika, Adi berkejar ke pantai menghalang para nelayan turun ke laut. Katanya laut bakal bergelora dan angin bakal menggila sedang ketika itu bukan musim tengkujuh. Amarannya dipandang sebagai gurauan anak kecil. Akhirnya, perkara yang dikhabarkan Adi benar-benar berlaku. Kumpulan nelayan yang turun ke laut terperangkap dalam ribut yang entah datang dari mana. Alhamdulillah , mujur tiada yang terkorban.“ Adi mahu jadi apa bila besar nanti?” aku memgecilkan langkah kaki. Kasihan pula aku melihat Adi terpaksa berlari-lari anak mengejar langkahku. Angin petang berpuput mesra. Aroma air laut menerawang menerobosi indera bauku.“ Adi mahu cipta satu satelit yang nenggunakan Al-Quran sebagai kata laluan. Nanti umat Islam dari seluruh dunia dapat berhubung sekaligus bersatu kembali. Setelah umat Islam bersatu, tiada sesiapa lagi yang berani memperlekehkan umat Islam. Malah, saat itu kita dapat mengulangi sejarah kegemilangan tamadun Islam yang pernah kita kecap sebelum jatuhnya empayar agung Utmaniyyah pada tahun 1924. Salahuddin al-Ayubbi kedua akan muncul untuk membebaskan kota suci Baitulmaqdis dan Adi berharap Adilah Salahduddin itu,” bicara Adi petah. Rasa kagumku kepada anak kecil ini kian menebal. Aku yang menyandang gelaran mahasisiwa Al-Azhar ini pun tidak pernah menyimpan visi dan misi hidup seperti Adi. Aku malu sendiri.Adi mengingatkan aku pada suatu kisah yang berlaku kepada Amirul mukminin, Umar Abdul Aziz. Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil ke hadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz meminta kanak-kanak itu berundur dan memberi laluan kepada orang yang lebih dewasa untuk berbicara. Budak itu menjawab sopan dengan berani.“Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah.”Umar Abdul Aziz tergamam dengan jawapan anak kecil itu sebagaimana aku terpana mendengar kasad murni Adi.“ Mak cik, Pak Cik, Adi anugerah Allah yang istimewa. MaK Cik dan Pak Cik harus membantu Adi mengembangkan bakat yang dimiliki. Mungkin Pak Cik dan Mak Cik boleh bawa Adi ke ibu negara untuk mencari satu program yang boleh menyokong tahap perkembangan otaknya,” Berkerut-kerut wajah kedua-dua orang tua Adi. Aku tahu mereka tidak begitu mengerti maksudku. Aku tidak mengalah. Cutiku yang berbaki kuhabiskan ke sana ke mari untuk membantu Adi menempatkan diri di institusi yang layak untuk dirinya. Aku rasa bertanggungjawab membantu Adi. Anak kecil luarbiasa sepertinya perlu ditatang dan dijaga rapi. Jika umat Islam sendiri tidak menghargainya, dikhuatiri nanti pihak Barat yang mengambil peluang mendidik anak-anak genius ini untuk menjahanamkan Islam. Siapa yang tidak kenal dengan Sukarno, antara pemidato terhebat dunia. Sukarno, dengan idea NASAKOM-nya adalah anak genius Islam yang berjaya dilatih oleh Belanda untuk menghancurkan Islam. Begitu juga yang terjadi kepada Babrak Karmal, anak didik Rusia. Di bidang penulisan pula, musuh-musuh Islam telah dapat menyiapkan Hussien Heikal dan Naquib Mahfouz sebagai pedang untuk menikam Islam melalui mata pena. Aku tidak mahu Adi menerima nasib yang serupa dengan mereka.Adi antara benih berharga dalam rangka menjana kebangkitan Islam kali kedua. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dahulu juga didokong oleh mukmin yang genius seperti Zaid bin Tsabit, Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Auf, Salman Al Farisi, Umar Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib.“ Bila abang akan balik ke kampung lagi?” sehari sebelum aku berangkat meninggalkan tanah air, Adi datang menemuiku.“Entahlah Adi. Abang tak berani janji bila abang akan pulang lagi. Mungkin dua tahun lagi. Mungkin selepas tamat mengaji ,”“ Abang, Adi berpesan buat diri abang dan diri Adi sendiri dengan wasiat yang diberikan oleh Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb. Abang, apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita amatlah singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ini. Tetapi, jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan Deenul Islam di atas muka bumi ini, sesungguhnya hidup kita akan lebih panjang dan bermakna. Bermula dengan bermulanya manusia dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi Allah ini,”Empanngan air mata yang kutahan akhirnya pecah jua mendengar nasihat Adi, anak kecil yang lebih sedekad muda dariku. Aku peluk tubuh Adi kejap.“Saif, mahu a’sir a’sob tak?” kepala Khairul tersembul di muka pintu. Serta merta kenangan bersama Adi pecah berkecai dan tenggelam bersama gelengan kepalaku. Aku kelih jam di dinding. Tidak lama lagi azan Asar akan berkumandang. Selepas solat aku mahu segera bersiap menuju ke Masjid Uthman Ibn Affan di Heliopolis. Malam ini akan diadakan kuliah Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di darul munasabat masjid itu. Dalam hati , aku berdoa Adi akan berjaya menggapai cita-citanya. Sungguh,Adi anugerah Allah buat umat Islam dan aku bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan tiflun saghir itu.

GLOSARI

Laban - susu
Ammu - pak cik
tha’miyah bil baidh - masakan khas mesir berbentuk sandwich isinya antara lain sayur, kentanggoreng, telur rebus yang dihancurkan dan campuran kacang hijau.
A’sir a’sob - jus tebu
Tiflun saghir - anak kecil/kanak-kanak
Rafik - teman/kawan

WASIAT IMAM HASAN ALBANNA

Apabila mendengar AZAN, makan bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun Bacalah AL-QURAN, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah. Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam. Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan. Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara. Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang. Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan. BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ingatlah...

wasiat As-Syahid Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb buat renungan bersama"“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan agama Allah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya manusia, dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi ini.”

Friday, March 6, 2009

Golongan bodoh sombong tak dapat rahmat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:

Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu). Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan benar. Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau 'bodoh sombong', mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah bermaksud:

"Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."
(Surah al-Mujaadalah, ayat 58)
Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu. Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai."
(Abu Umamah)


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, February 21, 2009

KEINDAHAN ILMU

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al Alaq: Ayat 1-(5)

Friday, February 20, 2009

setiap manusia perlukan cabaran

Seekor Rama-rama Kecil

http://www.iluvislam.com/

oleh : mastika

editor : almusafirq8


Suatu hari Armin duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun ini memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor rama-rama dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa rama-rama menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya rama-rama itu berhenti . Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, Armin mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor rama-rama cantik tapi sayapnya terkatup. Amin menanti rama-rama itu mengembangkan sayap yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madu. Tapi apa yang Armin harapkan tidak tertunai. Rama-rama itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah.

Saudara…Niat Arman memang baik tapi anak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya rama-rama memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas dari kepompongnya. Rama-rama yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini.Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak boleh terbang langsung.Oleh itu,jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup.

Friday, February 13, 2009

"13th" - unlucky number in Kristian and lucky number in Islam

salam...
hari ini adalah hari penghulu segala hari dalam Islam iaitu Jumaat,hari paling mulia dalam Islam dan jatuh pula pada 13 haribulan. Angka 13 merupakan 13 rukun dalam solat dan hari Jumaat adalah hari umat Islam (lelaki) berkumpul untuk menunaikan solat jumaat.

Namun bagi masyarakat kristian angka 13 dianggap sial. Disini saya lampirkan artikel yang saya copy dalam sebuah blog.


Masyarakat Barat fobia angka 13Oleh Nasron Sira
LIF Yang Tiada Tingkat 13.
TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut: Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya. Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?
-----------------------------------------------Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia. Penduduk terbabit percaya yang 13 adalah angka yang membawa sial, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.-----------------------------------------------Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'. Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.t Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan.
-----------------------------------------------Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib. Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.
-----------------------------------------------
Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan. Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang. Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
-----------------------------------------------
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307. Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.
-----------------------------------------------
Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis. Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.
-----------------------------------------------
Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan. Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14.
-----------------------------------------------
Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sial, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya. Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya. Jawapan yang diberikan oleh rakan saya itu adalah: "Tak ada apa-apa yang berlaku pun...'"

-----------------------------------------------
INFO: Fobia Terhadap Angka-----------------------------------------------Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat' dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu '1+3 = 4'.
Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sial tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial atau disumpah.

Tuesday, January 6, 2009

mutiara kata

Dalam puisi karangan Henry van Dyke, disebutkan dengan bersahaja - namun indah - mengenai kemurniaan cita-cita, diterjemahkan secara bebas di sini:

"Ada cita-cita yang lebih murni dan agung selain daripada keinginan berada di puncak dunia. Cita-cita itu adalah dengan meletakkan diri kita nun jauh di bawah dan menjulang kemanusiaan sedikit lebih tinggi daripada diri kita sendiri."

cebisan kenanganku....

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indahku harap berulang lagi

kan ku ingat segala kenanganku bersamamu...
setiap detik kau mengajarku...
akan ku ingat segala pesanmu cikgu...
semoga rohmu bersemadi dengan aman...ameen

Sunday, January 4, 2009

Caiyo! caiyo!

Semester baru dah pun bermula.
Letih rasanya perjuanganku dalam menuntut ilmu ni...
Namun kalau diikhlaskan hati, segala-galanya jadi mudah kan.
Teringat pulak kata-kata arwah cikgu Fendi...
"tak ada yang mudah dalam menuntut ilmu"...

Ku harap kejayaan yang cemerlang dapat dicipta pada semester kali ini.
Biarlah kegagalan umpama mimpi dalam hidupku...
Kegagalan sering mengajarku erti hidup.

Hah...teringat plak ada satu kata-kata ni..

"tanpa kegagalan tak bermakna kejayaan dalam kehidupan seseorang"

Looking back all the years,
all the sacrifice If you want to be the best you've got to pay the price
You learn it from the very start just how hard you must try
'Coz if you don't spread your wings then you can't fly
Look at where you are todayDid you ever think that you would come all this way ?

Semoga kejayaan menjadi milikmu Mariam...
Kejayaan di dunia dan akhirat...
ameen...ameen...

Egois

lagu ni paling aku minati, kerana liriknya bagus sangat...


Katamu apa yang kau impikan...

Segalanya kan pasti jadi kenyataan...

Setiap apa yang kau inginkan...

Sekelip mata dalam genggaman...

Nadamu berbaur keegoan...

Katamu kau tak perlukan teman...

Walaupun sendirian...

Walaupun kesunyian...

Kau punya segala kelebihan...


Bibirmu ketandusan senyuman...

Jeling pandangan hanyalah di ekor mata...

Atur langkah penuh keangkuhan...

Gerak gaya lambang kemegahan...


Kau terlupa apa yang kau ada...

Segalanya kurniaan yang Esa...

Hanya seorang hamba yang diuji imannya dengan kenikmatan dunia


Bicara hatimu tentang sepi..

Sengaja tak pernah kau akui...

Bagaikan sang merak yang indah bulunya

Namun tidak mampu terbang ke angkasa...


Andai dibiar keegoan meratah hati dan perasaan...


Usah kau pertikaikan jiwamu mengapa tiada rasa ketenangan

Pernahkah terlintas di minda ketika kau kesusahan

Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu


Bukan ku sengaja mencari silapmu

Engkau ku rasakan mampu menjadi sandaran

Sedarlah jasa baktimu diperlukan

Curahkan pada insan yang memerlukan


Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)



setiap insan punya impian...punya cita-cita

untuk mencapai segala-galanya perlukan usaha...

doa dan tawakal pelengkap baginya...

namun setelah memiliki kejayaan ...

insan yang memerlukan jangan dilupakan...

bantulah setiap insan...